InstaForex

Emas Diniagakan Rendah Ekoran Permintaan Yang Melemah


Harga emas diniagakan rendah daripada paras tinggi tiga minggu berikutan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah telah menghadkan permintaan ke atas logam berharga. Penghantaran Emas bagi bulan Disember susut sebanyak 0.6 peratus pada AS$ 1.266.60 per troy auns di Comex New York Mercantile Exchange.

Pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan AS akan meningkatkan kadar faedah menjelang hujung tahun. Dana niaga hadapan Fed menunjukkan bahawa peniaga-peniaga meramalkan 78.3 peratus kemungkinan kenaikkan kadar faedah pada Disember, menurut CME Group. Dagangan emas juga terjejas ekoran pengukuhan mata wang dolar AS.

Emas telah disokong oleh tanda-tanda peningkatan permintaan daripada China, menurut Commerzbank AG, berdasarkan perangkaan kerajaan yang menunjukkan import emas lebih tinggi ke dalam negara sehingga 2020.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment