InstaForex

Kenaikkan Dolar Dihadkan Oleh Laporan Ekonomi Yang Melemah


Kenaikkan bagi mata wang dolar telah dihadkan berikutan laporan ekonomi AS yang mengecewakan telah menyebabkan sebahagian pelabur mengambil keuntungan atas kenaikan mata wang pada baru-baru ini. Indeks Wall Street Journal tidak berubah pada paras 88.57.

Lembaga Persidangan baru-baru ini berkata bahawa indeks keyakinan pengguna menurun kepada 98.6 pada Oktober, prospek isi rumah masih berhati-hati dalam tempoh satu tahun pertumbuhan yang perlahan serta pilihan raya presiden yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi. Mata wang AS melonjak naik hampir 2.5 peratus pada Oktober, mencatatkan kenaikkan untuk bulan kedua terbaik pada 2016. Dana niaga hadapan persekutuan telah menunjukkan kemungkinan 78.5 peratus kenaikan kadar pada bulan Disember.

Dolar baru-baru ini meningkat berbanding yen Jepun sebanyak 0.1 peratus kepada ¥ 104.23. Sementara itu, euro juga merekodkan kenaikkan sebanyak 0.1 peratus pada AS$ 1.0888. Dolar jatuh berbanding peso Mexico sebanyak 0.2 peratus pada 18.51.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment