InstaForex

China Perketat Peraturan Pertahan Yuan


SHANGHAI/HONG KONG: China sedang meningkatkan langkah untuk membendung aliran keluar modal selepas mata wang yuan susut ke paras terendah dalam tempoh lebih lapan tahun, kata sumber.

Pentadbiran Tukaran Asing (SAFE) China kini mula membuat pemantauan rapi bagi sebarang pemindahan keluar negara yang bernilai AS$5 juta (RM22.26 juta) atau lebih.

Negara itu juga meningkatkan penelitian urus niaga utama ke luar negara, termasuk mereka yang sudah mempunyai kelulusan, demikian mengikut sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai peraturan baharu itu.

Aliran keluar modal melalui saluran sah dan tidak sah menambahkan lagi tekanan terhadap kejatuhan nilai yuan. Mata wang China jatuh hampir enam peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini tahun ini.

Sumber berkata, pengawal selia tukaran asing memberitahu bank mengenai peraturan baharu semalam, pada hari yang sama kerajaan berkata ia akan berpegang kepada strategi "keluar" untuk menggalakkan pelaburan keluar.

SAFE tidak memberi maklum balas kepada permintaan untuk mendapatkan komen. "Sebelum ini, hanya pemindahan tukaran asing bernilai AS$50 juta (RM222.6 juta) atau lebih yang perlu dilaporkan kepada SAFE.

Sekarang, had itu dikurangkan secara drastik kepada AS$5 juta, dan merangkumi mata wang asing dan yuan," kata satu lagi sumber yang mempunyai pengetahuan langsung peraturan itu.

"Apa yang boleh kita lakukan adalah meminta pelanggan supaya bersabar, dan memberitahu mereka bahawa transaksi itu sedang diteliti SAFE untuk kesahihan dan mungkin tidak akan diluluskan," katanya.

Sekatan terkini itu dikenakan kepada pemindahan luar negara di bawah akaun modal, bagi transaksi seperti portfolio atau pelaburan langsung asing.

Sumber itu berkata, walaupun pelaburan keluar sudah mendapat kelulusan untuk membeli tukaran asing, tetapi wang itu tidak dipindahkan sepenuhnya, baki kuota yang kini tertakluk kepada kelulusan selanjutnya jika ia melebihi AS$50 juta, yang dianggap sebagai "jumlah wang yang besar".

Dua sumber lain mengesahkan peraturan baharu itu. Bank milik China dilihat menjual dolar AS dalam pasaran tukaran asing domestik untuk hari kedua berturut-turut semalam, dalam apa yang disifatkan peniaga kelihatan seperti usaha untuk menyokong yuan.

Yuan kembali pulih sekitar 0.5 peratus dalam beberapa sesi yang lalu.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment