InstaForex

Kenaikkan Emas Didorong Oleh Penurunan Dolar


Harga emas diniagakan naik lebih daripada satu peratus, meningkat naik daripada paras terendah sejak Februari berikutan kejatuhan dolar dan hasil Bon Perbendaharaan AS tarikh lama yang susut dari paras tertinggi baru-baru ini.

Spot emas meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada AS$ 1,189.60 per auns. Niaga hadapan emas AS mencatatkan peningkatan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 1,188.90 per auns.

Niaga hadapan emas mencatatkan keuntungan terbesar bagi tempoh hampir empat minggu apabila pelabur bertaruh bahawa 'selloff' baru-baru ini adalah berlebihan.

Palladium mencecah paras tinggi 17 bulan. Penghantaran emas bagi bulan Februari meningkat sebanyak 1.1 peratus kepada AS$ 1,193.8 per auns di Comex New York.

Ini menandakan keuntungan terbesar untuk kontrak paling aktif sejak 2 November. Emas premium di China meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga tahun pada minggu sebelumnya berikutan kebimbangan bekalan.

Perak juga mencatatkan kenaikkan sebanyak 0.9 peratus kepada AS$ 16.64 per auns. Palladium naik 1.8 peratus kepada AS$ 754.70 manakala platinum menokok 1.4 peratus pada AS$ 917.50.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment