InstaForex

Dia Muncul Kembali! Dalam Sektor Yang Lebih Merbahaya


Soros Fund Management, firma yang melabur kekayaan billionaire George Soros, menjual emas dan menambah pelaburan dalam sektor lebih berisiko termasuk tenaga dan pasaran membangun pada suku ketiga. Firma itu melupuskan kedudukannya dalam SPDR Gold Shares bernilai AS$30.4 juta (RM131.68 juta) pada 30 Jun 30, demikian menurut laporan Bloomberg. Pada hari sama, ia meningkatkan pendedahan kepada dana tukaran dagangan Jepun, China dan pasaran membangun. Firma itu menambah kedudukan dalam WisdomTree Japan Hedged Equity Fund dan iShares China Large-Cap ETF masing-masing bernilai AS$34.1 juta dan AS$24.1 juta. Ia juga membeli iShares MSCI Emerging Markets ETF bernilai AS$91.9 juta. Soros keluar daripada memegang emas selepas logam itu menokok 25 peratus pada separuh pertama tahun ini. Soros juga membeli saham baharu dalam lapan syarikat berkaitan tenaga dalam tempoh dikaji, meningkatkan pendedahan firma itu kepada sektor itu daripada hanya beberapa juta dolar kepada AS$132 juta dalam tempoh dikaji.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment