InstaForex

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Kekukuhan Data AS


Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan data ekonomi AS yang lebih kukuh merangsang jangkaan kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan Rizab Persekutuan Disember ini, kata pedagang. Pada 9.03 pagi, ringgit didagang pada 4.3380/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3340/3390 Selasa. Laporan mengatakan jualan peruncitan Oktober AS menokok lebih tinggi daripada jangkaan susulan isi rumah membeli kenderaan dan pelbagai barangan lain, menandakan pertumbuhan ekonomi kukuh di negara itu. Sementara itu, penganalisis di FXTM Research, Lukman Otunuga, berkata sentimen bulis ke arah dolar AS dengan indeks dolar bergerak sekitar paras tertinggi 11 bulan, disebabkan para spekulator meningkatkan pertaruhan bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah. Ringgit didagang kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0681/0792 daripada 3.0716/0767 Selasa dan berbanding yen pada 3.9780/9919 daripada 4.0048/0098. Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6581/6728 daripada 4.6799/6857 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.4025/4201 daripada 5.3828/3908
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment