InstaForex

Emas Diniagakan Tinggi Selepas Mesyuarat Fed


Harga emas mencapai paras tertinggi pada AS$ 1309.10 per auns, berikutan pengumuman Rizab Persekutuan bahawa ia akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah. Spot emas meningkat 0.7 peratus kepada AS$ 1,297.41 per ounce.

Penghantaran niaga hadapan emas AS bagi bulan Disember berakhir dengan kenaikkan 1.6 peratus pada AS$ 1,308.20 per auns. Pelabur menyuarakan kebimbangan pada pilihan raya presiden AS berikutan pembaharuansiasatan FBI pada e-mel Demokrat Hillary Clinton yang telah menyebabkan saham eropah jatuh menghampiri ke paras rendah empat bulan dan juga mendorong kepada kemerosotan dolar ke paras paling rendah sejak awal Oktober. Ini telah menyebabkan emas melonjak naik sehingga mencecah ke paras AS$ 1,305 per auns. Saham SPDR Gold New York mencatatkan aliran masuk yang pertama dalam tempoh lebih dari seminggu sebanyak 2.7 tan. Pelombong emas meningkat lebih daripada dua peratus. 

Perak naik satu peratus kepada AS$ 18.51 per auns. Platinum pula mencatatkan penurunan sebanyak 0.3 peratus kepada AS$ 98,76 per auns. Palladium susut 0.1 peratus kepada AS$ 631.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment