InstaForex

Saham AS Diniagakan Lebih Rendah Ekoran Ketidaktentuan Pilihan Raya


Saham AS diniagakan rendah, dengan S&P 500 dilihat sedang menghampiri ke paras rendah tujuh hari sebagaimana pilihan raya presiden AS yang akan berlangsung tidak lama lagi telah menimbulkan kegelisahan dikalangan pelabur dan penurunan harga minyak turut menjejaskan sentimen. Kesemua 11 sektor dalam S&P 500 susut sebagaimana indeks mencecah ke paras rendah untuk tempoh hampir lima tahun.

Dow Jones Industrial Average mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus kepada 17959.64. S&P 500 susut 0.7 peratus kepada 2097.94 manakala Nasdaq Komposit merosot sebanyak 0.9 peratus kepada 5105.57. Saham syarikat tenaga dalam S&P 500 jatuh satu peratus. Kemungkinan kadar faedah yang lebih tinggi juga telah menjejaskan purata hasil saham sensitif, sebagaimana hartanah, telekomunikasi dan utiliti S&P 500 menurun lebih daripada satu peratus. Saham Chevron susut 1.7 peratus. Brocade Communications melonjak 10.3 peratus pada AS$ 12.40 dan Broadcom meningkat 1.9 peratus pada AS$ 171.99. Yelp naik 9.7 peratus kepada AS$ 32.48. Manakala Estee Lauder susut 3.5 peratus manakala Kate Spade diniagakan lebih rendah pada 5.4 peratus.

Indeks Volatiliti CBOE meningkat untuk sesi ketujuh, rekod kenaikkan paling lama sejak Disember 2013.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment