Rizab Persekutuan memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah semasa mesyuarat dasar baru-baru ini, walau bagaimanapun ia telah menyatakan kemungkinan kenaikkan faedah pada Disember jika ekonomi terus mencatatkan pertumbuhan yang baik dan inflasi semakin meningkat.
Jawatankuasa penetapan kadar bank pusat AS mengundi 8-2 mengekalkan kadar penanda arasnya stabil dalam julat 0.25% hingga 0.50%. Presiden Fed Kansas City, Esther George dan Presiden Fed Cleveland Loretta Mester membatah keputusan itu. Ia secara meluas dijangka bahawa FOMC tidak akan membuat sebarang tindakan enam hari menjelang pilihan raya presiden yang dijadualkan akan berlangsung pada 8 November.
Penggubal dasar berkata walaupun kes untuk menaikkan kadar pinjaman terus mengukuhkan, ia akan menunggu untuk "beberapa" bukti selanjutnya bahawa inflasi dan pekerjaan telah mencatatkan peningkatan dan bergerak ke arah sasaran mereka.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Fed pada Rabu, ahli ekonomi mengandaikan bahawa bar untuk kenaikan kadar pada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan pada bulan Disember telah diturunkan. Walaupun kenyataan terbaru mereka adalah pengulangan apa yang telah mereka katakan pada September, ahli ekonomi berkata, penggunaan perkataan "beberapa" mencadangkan jawatankuasa itu tidak perlu melihat bukti yang mencukupi untuk menaikkan kadar.

0 comments :
Post a Comment