
Dolar mengurangkan kerugian selepas Rizab Persekutuan AS menyatakan kemungkinan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember, bagaimanapun ketidakpastian mengenai pilihan raya presiden AS telah mempengaruhi dagangan pada mata wang ini. Indeks Dolar WSJ merosot sebanyak 0.3 peratus.
Fed mengekalkan kadar faedah jangka pendek tidak berubah namun ia menyatakan isyarat kemungkinan kenaikkan kadar faedah pada hujung tahun. Kenyataan Fed menyatakan bahawa inflasi memperkukuh dan juga kemungkinan kenaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh satu tahun adalah rendah. Dana niaga hadapan Fed telah menunjukkan bahawa pelabur meramalkan 72 peratus kemungkinan kenaikan kadar faedah pada bulan Disember, menurut data CME Group.
Dolar diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain, diketuai oleh rand dan dolar NZ. Euro diniagakan stabil pada paras $ 1.1094. Peso Mexico jatuh 0.9 peratus berbanding dolar AS. Yen Jepun dan franc swiss masing-masing mencatatkan kenaikkan hampir 0.6 peratus 0.1 peratus berbanding dolar. Pelabur menanti laporan ekonomi AS untuk mendapatkan isyarat bahawa ekonomi adalah cukup kukuh untuk kenaikan kadar faedah menjelang akhir tahun.
Indeks dolar terakhir diniagakan pada AS$97.404, selepas merosot ke paras rendah 97.178, terendah sejak 11 Oktober.

0 comments :
Post a Comment