InstaForex

Harga Minyak Jatuh Menjelang Mesyuarat OPEC


Harga minyak mentah jatuh pada awal dagangan hari ini berikutan keraguan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mampu mencapai persetujuan pengurangan output menjelang mesyuaratnya esok.

Langkah itu bagi mengekang masalah lebihan bekalan global untuk melonjakkan harga.

Kontrak hadapan minyak mentah antarabangsa, Brent didagangkan pada paras AS$48.10 setong pada 0102 GMT, jatuh 14 sen atau 0.3 peratus berbanding paras penutup terakhirnya.

Kontrak hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate jatuh 19 sen atau 0.4 peratus kepada AS$46.89 setong. OPEC bermesyuarat secara rasmi di Vienna esok bagi membincangkan pengurangan pengeluaran yang dirancangkan dalam usaha untuk mengekang lebihan pengeluaran yang menjejaskan pasaran dan menyebabkan harga jatuh lebih separuh daripada paras 2014.


Dengan ketidaktentuan yang tinggi dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu, turun naik harga minyak yang tidak menentu dijangka tinggi.

Masih kekal terdapat perbalahan pendapat antara anggota OPEC mengenai pengeluar yang perlu mengurangkan berapa banyak dan rancangan untuk membawa Russia untuk menyertainya juga gagal setakat ini.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment