InstaForex

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dollar AS


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan aktiviti pengambilan untuk teknikal, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit mata wang tempatan itu jatuh berbanding dolar AS kepada 4.4590/4650 berbanding 4.4550/4600 semalam.

Peniaga berkata, sentimen masih positif bagi ringgit dengan jangkaan minat risiko yang lebih baik, dengan minat belian baharu daripada dana asing di Bursa Malaysia, dijangka memberi sokongan.

Beliau berkata, peniaga juga kekal di luar pasaran bagi menunggu keputusan mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) esok. Sementara itu, ringgit bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia didagangkan lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1300/1360 berbanding 3.1285/1325 dan jatuh berbanding yen daripada 3.9745/9827 kepada 3.9653/9701.

Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding euro kepada 4.7270/7342 daripada 4.7334/7392 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.5278/5370 daripada 5.5576/5652.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment