InstaForex

Harga Minyak Melonjak Naik Selepas Merosot Lima Hari Berturut-Turut


Harga minyak diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan, lebih kukuh selepas mencatatkan penurunan untuk lima hari berturut-turut disebabkan oleh peningkatan stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat dan ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai keupayaan pengeluar minyak untuk menyusun pemotongan pengeluaran. Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat sebanyak 0.3% atau 15 sen daripada harga penutupan, diniagakan pada paras harga AS$ 46.50 setong. Niaga hadapan WTI AS juga meningkat sebanyak 17 sen atau 0.4% pada harga AS$ 44.83 setong. Peniaga menyatakan sentimen pasaran terus menjadi lemah walaupun terdapat sedikit peningkatan dalam harga. Niaga hadapan Brent jatuh untuk lima sesi dagangan berturut-turut dan telah jatuh kira-kira 13.5% daripada paras tertinggi semasa pada bulan sebelumnya. Harga juga didesak oleh peniaga-peniaga yang membuat pengeluaran wang daripada niaga hadapan minyak mentah sebagai langkah berjaga-jaga menjelang pilihan raya presiden AS tidak lama lagi untuk pasaran global yang membentangkan risiko kepada pasaran global. Mengatasi kebimbangan terhadap ketidaktentuan politik, peniaga menyatakan fundamental pasaran minyak juga mempunyai prospek yang melemah, ditambah dengan inventori minyak mentah AS yang melambung tinggi, pertumbuhan permintaan yang kurang menggalakkan dan peningkatan kebimbangan terhadap pengeluar OPEC dan bukan OPEC untuk perjanjian pemotongan pengeluaran bulan ini.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment