InstaForex

Wall Street Diniagakan Lebih Rendah Ekoran Kesinambungan Penurunan Dalam S&P


Saham-saham AS diniagakan rendah, teknologi maklumat telah mendorong kepada penurunan harga saham, ditengah-tengah peningkatan kebimbangan mengenai pilihan raya presiden AS. S&P 500 terus mencatatkan bacaan rendah sementara pelabur dilihat telah berundur daripada risiko menjelang pilihan raya presiden AS yang dijadualkan akan berlangsung tidak lama lagi. Dow Jones Industrial Average susut sebanyak 0.2 peratus kepada 17930.67. S&P jatuh 0.4 peratus kepada 2088.66 dan Indeks Komposit Nasdaq merosot 0.9 peratus kepada 5058.41. Apple menyumbang sebahagian besar kerugian dalam Dow. Teknologi maklumat dan penjagaan kesihatan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak satu peratus dalam S&P 500. Peserta pasaran sangat mengharapkan kemenangan Clinton terhadap rakan sejawatannya dari parti Republikan, Donald Trump. Facebook melaporkan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan bagaimanapun sahamnya susut sebanyak 5.6 peratus kepada AS$ 120. CBOE Volatility Index (VIX) meningkat sebanyak lebih daripada 21 peratus. Bon kerajaan AS meningkat apabila pelabur beralih kepada aset s'safe-haven', bagaimanapun harga telah merosot pada Khamis, sebagaimana hasil Perbendaharaan 10 tahun berakhir pada 1.811 peratus.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment