InstaForex

Laporan Keuntungan Cisco Yang Mengecewakan Mendorong Kepada Kejatuhan Saham


Anggaran pelarasan keuntungan Cisco Systems Inc. bagi suku tahun ini tidak mencapai unjuran penganalisis sebagaimana teras perniagaan syarikat terus berjuang dengan permintaan yang melemah, menyebabkan saham merosot lebih daripada 4% dalam sesi dagangan lewat.

Syarikat itu berkata anggaran pelarasan keuntungan sebanyak 55-57 sen sesaham pada suku kedua, jatuh di bawah anggaran median penganalisis 59 sen bagi setiap pendapatan hasil saham AS$ 12.33 bilion.

Pembuat gear rangkaian terbesar di dunia itu telah membangunkan bahagian keselamatan dan tanpa wayar untuk mengatasi masalah dalam suis teras dan router perniagaannya, yang juga bergelut dengan persaingan sengit dari pesaing perniagaan yang lain.

Walau bagaimanapun, unit-unit perniagaan yang lebih baru tidak berkembang dengan cukup pantas untuk mengimbangi penurunan dalam bahagian rangkaian utamanya.

Hasil pendapatan dari perniagaan pensuisan mencatatkan penurunan sebanyak 7% kepada AS$ 3.72 bilion dalam tempoh Ogos-Oktober.

Security Evenue meningkat 11% kepada AS$ 540 juta manakala perolehan dalam unit tanpa wayar turun 2% kepada AS$ 632 juta.

Keuntungan bersih menurun sebanyak 4.4% kepada AS$ 2.32 bilion sebagaimana perolehan susut 2.6% kepada AS$ 12.35 bilion, dengan pendapatan 61 sen sesaham.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment