InstaForex

Eksport Singapura Jatuh Ketara Pada Oktober


Eksport bukan minyak Singapura mencatat kejatuhan terbesar dalam tempoh tujuh bulan pada Oktober, disebabkan terutamanya oleh kelembapan eksport farmaseutikal.

Eksport bukan minyak mencatat penurunan 12 peratus berbanding setahun lalu, berbanding kejatuhan lima peratus pada September, demikian menurut kenyataan International Enterprise Singapore.

Berbanding bulan sebelumnya, eksport bukan minyak republik itu jatuh sebanyak 3.7 peratus. Eksport farmaseutikal merudum 47 peratus berbanding setahun lalu.

Eksport petrokimia jatuh tujuh peratus pada Oktober berbanding setahun lalu, manakala penghantaran elektronik jatuh enam peratus.

Eksport ke 10 pasaran utama mencatat penurunan kecuali ke Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment