InstaForex

PM Pertama Mendapat Nombor Telefon Bimbit Trumph


Perdana Menteri Australia mendahului pemimpin dunia lain menjadi individu paling awal menghubungi bakal Presiden AS, Donald Trump dengan mendapatkan nombor telefon bimbit beliau daripada Greg Norman, kata pemain golf terkemuka itu hari ini.

Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata, minggu lalu beliau mengadakan perbincangan hangat dan amat berterus terang selamat 15 minit dengan Trump beberapa jam selepas calon Republikan itu menang dalam pilihan raya presiden.

Pemain golf Australia yang berpangkalan di AS itu mengesahkan beliau memberikan nombor Trump kepada duta Australia ke Amerika Syarikat, Joe Hockey, selepas pilihan raya. "Ia adalah satu kebanggaan dan penghormatan dapat memudahkan hubungan antara Turnbull dan bakal Presiden AS Trump atas permintaan Duta Hockey," kata Norman dalam satu kenyataan.

Turnbull bagaimanapun enggan menjelaskan mengapa Australia tidak mempunyai nombor Trump sebelum pilihan raya atau mengatakan sama ada beliau menjangka calon Demokrat, Hillary Clinton akan menang.

Akhbar The Daily Telegraph Sydney melaporkan Turnbull adalah pemimpin dunia kedua menghubungi Trump untuk mengucapkan tahniah.

Sebaliknya Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi berkata Trump memberitahu beliau adalah pemimpin dunia pertama berjaya menghubungi beliau.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment