InstaForex

Ringgit Dibuka Rendah Hari Ini Berbanding Dollar


Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan pelabur berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Janet Yellen lewat hari ini, kata pedagang.

Pada 9.06 pagi, ringgit disebut pada 4.3570/3670 berbanding dolar daripada 4.3450/3550 Rabu. Pedagang berkata, Yellen dijangka berucap berhubung tinjauan ekonomi di hadapan Jawatankuasa Bersama Ekonomi Kongres AS.

Awal bulan ini, Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah pada 0.25 peratus kepada 0.5 peratus, tetapi mengisyaratkan akan berlaku kenaikan.

Di peringkat domestik, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani berkata bank pusat itu konsisten mengambil langkah mengawal ketidaktentuan dalam pasaran tukaran asing.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0800/0875 daripada 3.0668/0745 dan jatuh berbanding pound British kepada 5.4166/4321 daripada 5.4117/4259.

Ringgit susut berbanding yen kepada 4.0116/0227 daripada 3.9673/9768 dan jatuh berbanding euro kepada 4.6650/6775 daripada 4.6552/6668. - BERNAMA
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment