InstaForex

Ringgit, Mata Wang Pasaran Pesat Membangun Turun


Ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun terus mengalami penurunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipengaruhi oleh kebimbangan pelabur mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, kata peniaga.

Pada 12 tengah hari, ringgit diniagakan pada 4.3850/3920 berbanding dolar AS, daripada 4.3570/3670 pada 9.06 pagi.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen akan menyampaikan ucapan mengenai prospek ekonomi negara itu lewat hari ini.

Profesor ekonomi di Pusat Pengajian Perniagaan Sunway University, Dr Yeah Kim Leng, berkata peningkatan dalam ekonomi AS termasuk data pekerjaan dan sentimen perbelanjaan pengguna baru-baru ini membawa kepada permintaan tinggi bagi dolar AS, mengheret turun ringgit dan mata wang pasaran pesat membangun lain.

"Mata wang pasaran pesat membangun seperti Brazil, Korea Selatan, Indonesia, China dan Malaysia berkemungkinan mengalami kesan negatif disebabkan oleh perubahan arah dalam aliran modal," kata Yeah kepada Bernama hari ini. Ringgit turun ke paras terendah pada 21 Jan apabila mencecah 4.3780/3870
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment