InstaForex

Singapura Terokai Guna Matawang Digital


Dalam satu langkah penting bagi menerokai penggunaan mata wang digital di Singapura, bank pusat republik itu bercadang melancarkan projek perintis dengan bursa saham dan lapan bank tempatan dan asing untuk menggunapakai teknologi 'blockchain' bagi pembayaran antara bank.

Transaksi mata wang asing rentas sempadan juga akan disemak di bawah projek perintis itu berikutan bank pusat Singapura meninjau untuk memposisikan pusat kewangannya sebagai hab penting teknologi kewangan atau Fintech di rantau ini.

Usaha itu disokong makmal penyelidikan R3 dan BCS Information Systems, kata Pengarah Urusan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS), Ravi Menon, di Singapore Fintech Festival.

"Di bawah sistem perintis itu bank-bank akan mendeposit tunai sebagai kolateral dengan MAS sebagai tukaran kepada mata wang digital yang dikeluarkan MAS," katanya.

Konsortium termasuk Bank of America Merrill Lynch, The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ, Ltd, Credit Suisse, DBS Bank Ltd, The Hongkong and Shanghai Banking Corp Ltd, JP Morgan, OCBC Bank, Singapore Exchange dan United Overseas Bank.

Blockchain, yang berasal daripada mata wang digital 'bitcoin', berfungsi sebagai pemprosesan transaksi elektronik dan sistem penyimpanan rekod yang membenarkan semua pihak menjejaki maklumat menerusi rangkaian selamat, tanpa perlu pengesahan pihak ketiga.

"Fasa kedua projek akan membabitkan transaksi dalam mata wang asing, kemungkinan dengan sokongan bank pusat lain," katanya.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment