InstaForex

Yuan Cecah Paras Terendah Lapan Tahun


Mata wang yuan China sekali lagi mencecah paras terendah lapan tahun berikutan bank pusat negara itu meletakkan kadar panduan harian yang lebih lemah.

Mata wang itu jatuh kepada 6.8703 berbanding dolar, terendah sejak Disember 2008. People's Bank of China meletakkan kadar mata pertengahan pada 6.8592 berbanding dolar sebelum pasaran dibuka, lebih lemah berbanding kadar sebelumnya pada 6.8495.

Di pasaran semerta, yuan dibuka pada 6.8608 berbanding dolar dan bertukar tangan pada 6.8686 tengah hari. "Tekanan bagi yuan untuk jatuh dijangka lebih kukuh tahun depan berikutan dasar presiden baharu Donald Trump boleh menjurus kepada kenaikan dolar serta di tengah-tengah kebimbangan hubungan perdagangan dua hala China-AS," kata Harrison Hu, ahli ekonomi di Royal Bank of Scotland Group Plc di Singapura yang dipetik Bloomberg.

Di Malaysia, ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini, berikutan data ekonomi AS yang lebih kukuh merangsang jangkaan kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan Rizab Persekutuan Disember ini, kata pedagang. Pada 9.03 pagi, ringgit didagang pada 4.3380/3500 berbanding dolar AS daripada 4.3340/3390 Selasa.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment