InstaForex

Dolar Lemah, Harga Minyak Meningkat


Harga minyak meningkat dalam dagangan Asia hari ini, disokong oleh dolar yang lemah dan keyakinan bahawa pengeluar minyak mentah akan mematuhi perjanjian untuk mengehadkan output bagi mengukuhkan pasaran.

Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh kenaikan luar jangkaan inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) minggu lalu dan Libya berkata ia akan menambah output untuk beberapa bulan akan datang.

Minyak mentah West Texas Intermediate AS meningkat 13 cent kepada AS$52.62 pada 0121, selepas ditutup sesi sebelumnya susut 81 cent. Niaga hadapan Brent bagi penghantaran Februari meningkat 17 cent kepada AS$54.63 satu tong.

Dolar lebih lemah menjadikan komoditi dalam mata wang itu, termasuk minyak menjadi lebih murah kepada pemegang mata wang lain. "Kita semakin hampir ke paras penutup, adalah menarik untuk melihat sama ada momentum kenaikan kekal apabila sesi di Eropah dan AS bermula," kata ketua penganalisis pasaran CMC Markets di Sydney, Ric Spooner.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment