InstaForex

Euro Jatuh Mendadak Selepas Kegagalan Referendum


Euro diniagakan jatuh dalam dagangan awal Asia pada Isnin selepas pemilihan keluar menunjukkan cadangan Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi untuk mendapatkan pembaharuan perlembagaan ditolak secara meluas oleh rakyat Itali, yang menyebabkan pemimpin tersebut terpaksa mengakui kekalahan.

Penurunan harga ini dilanjutkan selepas Renzi mengumumkan rancangan untuk berundur daripada jawatannya, menyebabkan nilai mata wang mencecah pada paras $ 1.0507, terendah sejak Mac 2015.

Namun, euro pulih daripada kejatuhan harga dan akhir sekali dilihat diniagakan pada paras $ 1.0563, masih 1% lebih rendah dari harga penutupan Jumaat.

Penganalisis berkata penurunan itu disebabkan oleh pelabur mengambil tindakan berhati-hati berikutan ketidaktentuan politik yang diramalkan dalam ekonomi Itali tetapi memberikan jaminan bahawa kenaikkan harga tidak menyebabkan panik pasaran.

Walau bagaimanapun, penganalisis juga mengingatkan bahawa hasil referendum itu boleh menjejas nilai mata wang sebagaimana keadaan ekonomi yang sudah rapuh, terutamanya mengenai industri perbankan Itali.

Sektor ini dilihat menghadapi lebih banyak kesukaran kerana mereka berjuang dengan beban hutang besar dan mereka meminta untuk pembiayaan semula di tengah-tengah krisis politik.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment