InstaForex

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi


Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjejaki lonjakan permintaan susulan langkah terbaharu Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermula hari ini bertujuan untuk lebih menggalakkan dagangan domestik mata wang tempatan itu.

Pada jam 9.05 pagi, unit mata wang tempatan itu mengukuh kepada 4.4470/4500 berbanding paras yang direkodkan 4.4500/4550 Jumaat lalu.

Dalam kenyataannya Jumaat lalu, Bank Pusat berkata pengeksport mungkin hanya mengekalkan pegangan sehingga 25 peratus untuk eksport diteruskan dalam mata wang asing, manakala baki lebih tinggi akan memerlukan kelulusan.

Berdasarkan perbandingan dagangan lain, ringgit turut mencatatkan prestasi dagangan lebih tinggi berbanding kebanyakan mata wang.

Ia naik berbanding Dolar Singapura kepada 3.1205/1235 daripada 3.1274/1327 minggu lalu dan lebih baik berbanding yen kepada 3.9064/9093 daripada 3.9128/9179.

Sementara itu, berbanding euro, ia turut didagangkan lebih tinggi kepada 4.6943/6979 daripada 4.7375/7432, namun menurun berbanding pound British kepada 5.6410/6462 daripada 5.6057/6137 prestasinya Jumaat lalu.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment