InstaForex

Harga Minyak Naik Ke Paras Tertinggi Sejak 2015


Harga minyak melonjak ke paras tertinggi 18 bulan pagi ini selepas pengeluar minyak mentah utama dunia bersetuju mengurangkan pengeluaran sejak 2001, mencetuskan kebimbangan berhubung inflasi yang menolak pulangan bon Perbendaharaan AS ke paras puncak lebih dua tahun.

Pulangan bon itu juga menokok menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bermula hari ini, yang mana bank pusat AS itu dijangka menaikkan kadar faedah buat kali kedua sejak krisis kewangan global.

Harga dagangan hadapan minyak mentah AS menokok AS$1.33 untuk ditutup pada AS$52.83 satu tong, naik 2.6 peratus, sungguhpun ia di bawah paras tertinggi harian.

Brent menokok AS$1.36 untuk ditutup pada AS$55.69, naik 2.5 peratus, selepas mencecah paras puncak sesi AS$57.89, tertinggi sejak Julai 2015.

Adalah mengejutkan, Arab Saudi selaku mengeluar minyak mentah terbesar dunia, berkata ia bersedia menambah jumlah pengurangan pengeluaran daripada apa yang dipersetujui sebelum ini.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment