Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini disebabkan permintaan yang lebih baik.
Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.4190/4240 berbanding dolar AS daripada 4.4215/4255 penutup Jumaat.
Peniaga berkata, pengukuhan itu disebabkan langkah Bank Negara Malaysia berkuat kuasa 5 Disember, bertujuan meningkatkan prestasi ringgit.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama. Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1021/1067 daripada 3.1067/1100 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.8379/8450 daripada 3.8643/8681.
Berbanding pound British, ringgit lebih lemah kepada 5.6020/6092 daripada 5.5768/5832, manakala susut berbanding euro kepada 4.7000/7058 daripada 4.6974/6034.

0 comments :
Post a Comment