InstaForex

Pengurangan Pengeluaran Minyak Beri Kesan Positif


Malaysia yakin keputusan 11 negara bukan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran minyak yang dicapai kelmarin, akan mendatangkan kesan positif terhadap ekonomi negara pengeluar dan pengguna.

Langkah itu juga dapat membantu memastikan agenda pembangunan yang berdaya maju dalam tempoh jangka panjang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata Malaysia yang menyertai pertemuan bersejarah antara anggota OPEC dan bukan OPEC itu, yakin harga minyak dunia lebih stabil dapat dicapai menerusi keseimbangan mapan antara permintaan dan penawaran ke arah mendapatkan harga pasaran optimum.

Katanya, mesyuarat dihadiri negara anggota OPEC dan bukan OPEC di Vienna, Khamis lalu mencapai keputusan penting dalam usaha menstabilkan harga minyak global.

"Mesyuarat yang saya hadiri itu berakhir dengan komitmen negara bukan OPEC susulan keputusan OPEC pada 30 November lalu untuk mengurangkan pengeluaran minyak kepada 1.2 juta tong sehari.

"Sehubungan itu, berdasarkan komitmen negara bukan OPEC di Vienna, jumlah keseluruhan pengurangan pengeluaran yang dipersetujui setakat ini berjumlah 1.7 juta tong sehari," katanya.

Semalam, OPEC mengumumkan Russia dan 10 negara bukan OPEC bersetuju mengurangkan pengeluaran minyak lebih setengah juta tong sehari yang dimeterai dalam satu perjanjian untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa awal tahun depan sebelum dilanjutkan, bergantung kepada keadaan pasaran.

Sebanyak 11 negara itu akan bekerjasama dengan OPEC bagi mengekang masalah lebihan pengeluaran minyak mentah dunia, sekali gus melonjakkan kembali harga bahan api itu.

Akhir bulan lalu, OPEC mencapai persetujuan mengurangkan pengeluaran minyak untuk kali pertama selepas lapan tahun yang diumumkan Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Qatar, Mohammed Saleh Al-Sada.

Pengurangan pengeluaran OPEC itu adalah pada kadar 1.2 juta tong sehari atau paras silingnya kepada 32.5 juta tong sehari.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment