InstaForex

Ringgit Diniaga Tidak Berubah, 4.4770 Berbanding Dolar AS


Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan pemangkin apabila kecairan pada musim cuti sudah bermula, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan 4.4770/4820 berbanding dolar daripada semalam. Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga, dengan hanya beberapa hari dagangan yang tinggal sebelum Tahun Baru dan Krismas semakin hampir, pasaran akan kekal dalam lingkungan semasa hingga 2017.

Berbanding mata wang utama lain, unit tempatan diniagakan bercampur-campur. Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0983/1024 daripada 3.0989/0034 semalam, menokok berbanding yen pada 3.8054/8122 daripada 3.8083/8138.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.5380/5460 daripada 5.5188/5268, dan jatuh berbanding euro kepada 4.6726/6801 daripada 4.6543/6613.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment