InstaForex

Selepas PM Itali letak Jawatan, PM New Zealand Turut Letak Jawatan


Perdana Menteri New Zealand John Key hari ini mengumumkan peletakan jawatan mengejutnya menyifatkan ia sebagai "masa yang sesuai" untuk meninggalkan politik sambil berkata ia berkaitan keluarga.

Key berkata, beliau belum mempunyai sebarang rancangan masa depan dalam masa terdekat ini, tetapi memberitahu pemberita beliau akan kekal di Parlimen untuk mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

Key, bekas pedagang mata wang di Merrill Lynch baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-8 sebagai Perdana Menteri dan tahun ke-10 sebagai pemimpin Parti Nasional yang akan berhimpun minggu depan untuk memilih penggantinya.

Timbalan Perdana Menteri, Bill English disebut-sebut calon pilihan untuk mengambil tempat Key.

"Saya fikir tiba masanya saya turun dari atas," kata Key merujuk kepada hasratnya untuk memperuntukkan lebih masa bersama isteri, Bronagh dan dua anaknya, Stephanie dan Max.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment