Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini apabila campur tangan berterusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) membantu menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM22.08 bilion daripada RM28.59 bilion sebelumnya, manakala dalam sistem Islam ia berkurangan kepada RM7.03 bilion daripada RM11.96 bilion. Bank pusat menawarkan RM22.0 bilion tender pasaran wang konvensional dan RM7.0 bilion tender Qard, kedua-duanya bagi wang sehari. Terdahulu, ia menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional, Program Murabahah Komoditi dan tender repo berbalik. Kadar rujukan Islam semalaman berada pada 2.95 peratus, manakala kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 3.02 peratus, 3.06 peratus dan 3.11 peratus.
Campur Tangan BNM Bantu Stabil Kadar Jangka Pendek

0 comments :
Post a Comment