Dolar diniagakan susut pada sesi awal dagangan Asia, euro meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih sebulan manakala para pelabur mengambil keuntungan daripada kenaikkan dolar AS baru-baru ini sebagaimana peserta pasaran menanti ucapan lanjut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhubung rangsangannya. Euro mengukuh 0.2 peratus kepada $1.07270 selepas meningkat kepada $1.07300, paras tertinggi sejak 8 Dis. Dolar AS jatuh 0.7 peratus kepada 113.83 berbanding yen Jepun, didorong ke titik paling rendah tujuh minggu pada minggu sebelumnya pada paras ¥112.57. Trump menekankan bahawa dasar-dasar "Amerika pertama" beliau yang tidak memberikan cadangan yang jelas, dan mengecewakan para pelabur yang menantikan penjelasan lanjut mengenai rancangan beliau untuk merangsang pertumbuhan, perbelanjaan infrastruktur dan cukai yang lebih rendah. Menurut data yang diperoleh dari Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi, spekulator menurunkan pertaruhan membeli pada dolar AS untuk minggu kedua berturut-turut hingga 17 Jan. Berikutan kenaikkan yang mendadak selepas kemenangan Trump pada 8 November 8 lalu, yag mendorong kenaikan tiga peratus untuk bulan itu, mata wang Amerika itu kemudiannya susut ekoran ketidakpastian mengenai dasar presiden AS baharu.
Dolar Susut Ekoran Tindakan Pelabur Menunggu Penjelasan Trump

0 comments :
Post a Comment