InstaForex

Harga Minyak Naik Pagi Ini


Harga minyak menokok pagi ini, disokong kenyataan pengeluar minyak pada hujung minggu mengenai kejayaan proses pengurangan pengeluaran. Kenaikan harga itu bagaimanapun dihadkan oleh peningkatan aktiviti penggerudian, dengan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) akan terus meningkat. Dagangan hadapan Brent, penanda aras antarabangsa minyak mentah, didagangkan pada AS$55.57 satu tong pada 0016 GMT, naik lapan cent berbanding penutup sebelum ini. West Texas Intermediate (WTI) naik lapan cent kepada AS$53.30 satu tong. "Harga minyak naik kukuh berikutan pengeluar minyak bermesyuarat membincangkan kemajuan proses pengurangan pengeluaran yang dipersetujui sebelum ini. "Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih berkata pengeluar mengurangkan 1.5 juta tong sehari setakat 2017. "Songsangan harga berlaku selepas data menunjukkan peningkatan aktiviti penggerudian," kata bank ANZ.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment