InstaForex

OPEC Dan Bukan OPEC Setuju Pantau Pengurangan Harga Minyak


Negara OPEC dan pengeluar minyak bukan OPEC bersetuju untuk memantau pematuhan mereka terhadap perjanjian pengurangan bekalan minyak yang bersejarah bulan lalu, meletakkan semula pasaran global di landasan betul selepas lebih dua tahun mengalami lebihan bekalan. Negara berkenaan telah menyatakan persetujuan memotong bekalan minyak sebanyak 1.5 juta tong sehari, lebih daripada 80 peratus daripada sasaran kolektif mereka, sejak perjanjian itu berkuat kuasa pada 1 Januari lalu, kata Menteri Tenaga dan Industri Arab Saudi, Khalid Al-Falih kepada pemberita di sini. "Pematuhan yang memberangsangkan, besar, benar-benar hebat," kata Al-Falih pada Ahad. "Berdasarkan semua yang saya tahu, saya rasa ia menjadi salah satu perjanjian terbaik yang kami pernah persetujui setakat ini." Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Algeria dan Venezuela bertemu rakan dari negara bukan OPEC termasuk Russia dan Oman untuk mencari jalan bagi mengesahkan persetujuan 24 negara pengeluar minyak pada pada 10 Disember lalu dan mematuhi janji untuk mengurangkan gabungan 1.8 juta tong minyak sehari dari pasaran selama enam bulan. Mereka mahu membuktikan bahawa OPEC serius mengurangkan lebihan minyak global dan menghilangkan keraguan yang berpunca daripada janji yang tidak dipatuhi sebelumnya. Menteri Minyak Kuwait, Essam Al-Marzouk, yang mempengerusikan jawatankuasa mesyuarat pemantauan lima anggota itu, menyatakan "pengeluar minyak berada dalam `persetujuan menyeluruh' berhubung mekanisme pemantauan dan pematuhan 100 peratus terhadap perjanjian itu." Jawatankuasa itu, yang terdiri daripada menteri dari Kuwait, Russia, Algeria, Venezuela dan Oman, akan bertemu pada 17 Mac depan di Kuwait dan sekali lagi pada bulan Mei. Sekretariat OPEC akan membentangkan laporan pada hari ke-17 setiap bulan, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. Sekumpulan pasukan teknikal, yang terdiri daripada perwakilan dari setiap lima ahli jawatankuasa bersama-sama dengan Presiden OPEC Arab Saudi, akan bertemu setiap bulan untuk menyediakan laporan lengkap. Jawatankuasa pemantauan akan menilai data yang dikemukakan oleh setiap negara pengeluar, bersama-sama dengan maklumat dari agensi seperti IHS Cambridge Energy Research Associates, Argus Media Ltd dan Agensi Tenaga Antarabangsa, kata Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak. Jawatankuasa itu akan menilai pematuhan dengan sasaran pengeluaran sahaja, walaupun kumpulan teknikal juga boleh melihat data eksport untuk menyokong analisis, kata Novak. Harga minyak meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan iaitu lebih daripada $58 setong selepas OPEC dan beberapa bukan ahli bersetuju untuk menamatkan pengeluaran tanpa had selama dua tahun sebelum ini.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment