Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) ditutup hampir tidak berubah apabila rali kebelakangan ini terus tidak berganjak susulan kenyataan terbaru Presiden Donald Trump mengenai perdagangan dan dasar yang akan dilaksanakannya. Indeks S&P 500 diniagakan pada paras sama seperti enam minggu lalu, kehilangan momentum apabila pelabur memberi fokus terhadap keutamaan Trump, seperti mengehadkan perjalanan ke AS dan merangka semula perjanjian perdagangan. Pasaran meningkat mendadak selepas kemenangan Trump pada pilihan raya 8 November lalu dengan jangkaan pemotongan cukai, pelonggaran kawal selia dan rangsangan fiskal akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi. "Pasaran sudah mengambil kira dasar yang berpotensi bagus seperti pemotongan cukai," kata Arian Vojdani, Ahli Strategi Pelaburan MV Financial di Bethesda, Maryland. "Sekarang kita melihat potensi sentimen perlindungan dan populis sedang mengambil tempat di hadapan. Ia tidak bagus untuk ekonomi dunia dan sebab itulah pasaran mengambil langkah berundur." Dow Jones Industrial Average jatuh 6.03 mata, atau 0.03 peratus kepada 19,884.91; S&P 500 menokok 1.3 mata, atau 0.06 peratus kepada 2,280.85 dan Nasdaq Composite susut 6.45 mata, atau 0.11 peratus kepada 5,636.20.
Kenyataan Trump Sekat Kenaikan Saham AS

0 comments :
Post a Comment