InstaForex

Saham Asia Luar Jepun Naik 0.3 Peratus, Nikkei Naik 0.7 Peratus


Saham Asia meningkat hari ini susulan kenaikan di Wall Street Jumaat lalu, yang mendapat momentum sempena minggu yang sibuk dengan pengumuman pendapatan membabitkan lebih 100 syarikat utama. Bagaimanapun, dolar Amerika Syarikat (AS) sekali lagi terikat oleh kekurangan kemajuan dalam rangsangan fiskal negara itu. Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI naik 0.3 peratus dengan Australia meningkat 0.5 peratus. Indeks Nikkei naik 0.7 peratus susulan penutup kukuh di Wall Street. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe akan bertemu dengan Presiden AS, Donald Trump pada 10 dan 11 Februari ini, dengan perdagangan dan mata wang akan menjadi agenda. Peniaga masih mencerna langkah mengejut bank pusat China pada Jumaat lalu yang menaikkan kadar faedah jangka pendeknya. Sementara peningkatan adalah sederhana, mereka menjangkakan Beijing mahu mengekang aliran keluar modal dan risiko terhadap sistem kewangan yang didorong oleh rangsangan yang dipacu hutang bertahun-tahun. Ia adalah langkah pertama dalam kadar repo sejak Oktober 2015. "Perubahan ini adalah pemula dan mencadangkan bahawa bank pusat akan mengubah kadar domestik lebih kerap," kata penganalisis ANZ dalam satu nota. "Pada dasarnya adalah untuk mengelakkan krisis tunai berikutan pembayaran balik hutang dan gelembung kewangan dalam sektor tertentu," katanya. Di Wall Street, saham bank mengakhiri Jumaat lalu dengan kukuh berikutan langkah Trump untuk melaksanakan semula peraturan bagi mengekang krisis kewangan global daripada berulang. Saham JP Morgan Chase ditutup meningkat 3.1 peratus dan membantu melonjakkan Indeks bank S&P naik 2.6 peratus. Indeks Dow naik 0.94 peratus, sementara Indeks S&P 500 menokok 0.73 peratus dan Indeks Nasdaq tinggi 0.54 peratus. Perangkaan pembayaran gaji pada Jumaat lalu menunjukkan jumlah pekerjaan AS meningkat lebih daripada dijangkakan pada Januari kerana firma pembinaan dan peruncitan meningkatkan pengambilan pekerja, tetapi pertumbuhan upah masih perlahan. Tinjauan yang berhati-hati mengekalkan dolar AS rendah kepada 112.55 yen dengan jatuh 2.3 peratus pada minggu lalu, prestasi mingguan terburuk sejak akhir Julai. Euro kukuh sedikit kepada AS$1.0782 sementara dolar AS jatuh berbanding kumpulan mata wang utama kepada 95.720. Dalam pasaran komoditi, kontrak semasa emas naik 0.1 peratus ke paras sekitar AS$1,221.00 seaun. Harga minyak naik selepas AS mengenakan sekatan terhadap beberapa rakyat dan entiti Iran, beberapa hari selepas Rumah Putih menegur Tehran terhadap ujian peluru berpandu balistik. Kontrak niaga hadapan minyak mentah AS naik tujuh cents kepada AS$53.90, sementara Brent meningkat lapan sen kepada AS$56.89 setong selepas mencatatkan rali dua peratus minggu lalu.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment