InstaForex

Lonjakan Stok Minyak AS Jejas Harga Brent


Harga minyak berakhir turun sedikit dalam dagangan yang tidak menentu selepas simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan petrol mencapai rekod tertinggi mencetuskan kebimbangan lebihan minyak global berterusan. Data inventori AS yang semakin kurang menarik menghapuskan minat pembeli sejak akhir minggu ini selepas Pengeluar OPEC dan bukan-OPEC mengikuti sepenuhnya rancangan pengurangan bekalan. Kelemahan dolar turut menyokong dagangan yang disokong mata wang dolar AS. Simpanan minyak mentah AS melonjak 9.5 juta tong minggu lalu hampir tiga kali ganda daripada jangkaan mencapai paras tertinggi 518.12 juta tong berdasarkan data pengurusan maklumat tenaga AS (EIA). Simpanan petrol pula mencecah paras tertinggi 2.8 juta tong kepada 259.1 juta tong. Harga terus menjunam selepas data EIA dan mengekalkan dagangan hadapan Brent untuk turun 22 cent atau 0.4 peratus kepada AS$55.75 setong dan minyak mentah AS jatuh 9 cent atau 0.2 peratus kepada AS$53.11 setong.
Download App MBFx Academy di Google Play SEKARANG!
Share on Google Plus

About MyBelajarForex

En. Mohd Abd Fallah adalah pengasas MBFx dan introducing broker InstaForex Malaysia. Dengan pengalaman yang luas sejak tahun 2007 beliau berkongsi semuanya didalam penulisan blog ini bersama-sama isteri beliau Pn. Yatie yang juga seorang full time trader.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment