Presiden Philadelphia Federal Reserve Bank, Patrick Harker, mengulangi pandangan yang menekankan kemungkinan bank pusat terus menaikkan kadar faedah tahun ini selepas ekonomi Amerika Syarikat (AS) pulih sepenuhnya. Berhubung inflasi, Harker berkata, angka itu harus dikembalikan kepada dua peratus seperti disasarkan Fed menjelang akhir tahun ini atau selewat-lewatnya tahun depan. Kadar pengangguran tahap 4.8 peratus kini sedia berada pada atau di bawah paras yang konsisten melebihi pekerjaan AS, katanya. "Saya melihat kemungkinan tiga kenaikan (kadar faedah) tahun ini, dengan menganggap semuanya berjalan lancar," kata Harker, satu daripada 10 pengundi Fed tahun ini dalam dasar monetari AS. "Dengan data pekerjaan berada di paras yang kita harapkan dan inflasi kini menghampiri sasaran, isu utama kami sekarang adalah pertumbuhan." Beliau juga mengunjurkan ekonomi AS mencatat pertumbuhan lebih pantas dua peratus tahun ini. Katanya, usaha melonjakkan ekonomi memerlukan dasar lebih meluas bagi meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan membawa lebih ramai tenaga kerja.
Kadar Faedah AS Diramal Naik 3 Kali

0 comments :
Post a Comment