Saham di Wall Street melonjak ke paras tertinggi baharu untuk sesi kelima berturut-turut semalam, sekali gus memberikan limpahan tujahan kepada kebanyakan pasaran ekuiti antarabangsa untuk terus yakin dengan prospek ekonomi Amerika Syarikat (AS). Saham AS mula dirangsang sejak minggu lalu apabila Presiden Donald Trump berjanji untuk mengumumkan perincian terhadap rancangan pemotongan cukainya dalam masa terdekat. Sentimen itu terus dirangsang dengan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Janet Yellen, dan data kukuh AS bagi jualan runcit dan perbelanjaan pengguna. Semua elemen sentimen itu bersepadu untuk memberi keyakinan terhadap kemungkinan Fed menaikkan kadar faedah sekali lagi dalam masa terdekat yang dijangka memberi impak positif terhadap pasaran saham. Selain New York, pasaran ekuiti di London, Frankfurt, Paris dan Tokyo, turut menikmati lonjakan kemakmuran dengan pertambahan sekurang-kurangnya satu peratus.
Pasaran Saham AS Catat Rekod Sekali Lagi

0 comments :
Post a Comment